DISCLAIMER TWITTER Tweets by @farahAIE BIGFOOT! Credits!
| 25 perkara kita patut bersyukur ~.~ Hai peeps ! lots of love . Apa perkara yang paling mudah dalam dunia ni ? mengeluh ! right ? banyak je jawapan sebab ape kita mengeluh kan ? 1001 jawapan kita ada . peliknya apabila apa diminta untuk bersyukur , susah betol nak buat . percayalah hidup sebenarnya terlalu indah dan kita sahaja yang menafikannya . 25 PERKARA YANG PATUT KITA BERSYUKUR . 1. Masih mempunyai keluarga dan bukannya anak yatim piatu ataupun terbiar tanpa arah tujuan . 2. Sihat dan tidak perlu bayar untuk bernafas . semuanya percuma . 3. TIDAK PERLU TIDUR BERALASKAN BUMI BERLANGITKAN BINTANG . 4. Masih boleh mendengar musik , mencium bau makanan yang sedap-2 dan bergosip puas-2. 5. Mempunyai kawan untuk diajak makan bersama-2 , ada kawan untuk dihubungi ketiika bosan dan ada kawan untuk diajak berjalan-2 pada hujung minggu . 6. Berkesempatan untuk bersekolah . biarpon penat mengulang kaji pelajaran dan menghadapi peperiksaan . percayalah , ramai orang mengimpikan untuk berada di tempat kita sekarang ni . 7. KITA MASIH MAMPU KETAWA MENONTON FILEM KOMEDI . 8. MENANGIS SAAT MELIHAT SESUATU YANG MENGHARUKAN BIARPUN TIADA HUBUNGAN DENGAN KITA . INI BERMAKNA KITA MASIH MANUSIA YANG PUNYA PERASAAN . 9. Masih berkesempatan dan mampu membeli hadiah untuk orang-2 tersayang . 10.INGIN MELIHAT FILEM @ KONSERT IDOLA HANYA MEMBELI TIKET DAN MASUK PAWAGAM @ KONSERT . NASIB KITA BAIK SANGAT , KAN ? 11. Kita bole membaca dan membayangkan berapa banyak perkara dan ilmu yang yang kita akan dapat . 12. Terasa ingin makan makanan Jepun , Itali ,China atau apa-2 je , hanya perlu pergi restoran terdekat .. ‘tengs to Global Trade..’ 13.HIDUP DI NEGARA YANG BEBAS PERANG . 14. Terima kasih untuk teknologi-2 canggih membuatkan hidup menjadi bertambah senang . 15. Mempunyai bakat tertentu ? bersyukurlah kerana bukan semua orang mampu melakukan apa yang kita lakukan . 16. Kita bebas untuk memakai apa sahaja mengikut citarasa tersendiri dan keinginan kita . 17. DI DUNIA INI TIDAK AKAN ADA ORANG YANG BOLE MENYERUPAI KITA EVEN KEMBAR SEKALIPUN . JADI BERSYUKURLAH , DILAHIRKAN UNIK DAN TIADA YANG MENYERUPAI . 18. Setiap kali kita mempunyai kesempatan untuk melihat negara lain#melancong manfaatkan sebaik-2nya . bukan semua orang bole dapad ape yang kita dapat . 19. Ketika kita bole membuad orang lain ketawa rasanya tidak akan ada perkara yang lebih baik daripada itu . 20. Kita masih hidup sehingga hari ni dan alasan ini semestinya sudah cukup kuat untuk bersyukur . 21. KITA MASIH ADA TEMPAT UNTUK MENGADU MASALAH SERTA KESEDIHAN YANG DIHADAPI . 22. Bagaimana pokai tengah bulan pun kita still ada makanan untuk makan . 23. Setiap kali kita bosan , lagu-2 indah sedia menemani . Cuma putarkan mengikut citarasa . 24.SETIAP KALI KITA LAKUKAN KESALAHAN PASTI ADA YANG AKAN MEMBANTU UNTUK MEMBETULKANNYA SUPAYA KITA TIDAK TERSUNGKUR LAGI . 25. Kita bebas memilih apa yang kita ingin dalam hidup asalkan kita rajn dan berusaha keras untuk mendapatkan . Budak tak berapa comell nak cakap :: Kita manusia ni selalu je mengeluh bila ada masalah siked . apa nak jadi ?hrmm , aku cakap ni pasal diri aku lha . aku tak cakap pasal sape-2 pom . hehe . :D
|